fbpx

8 anggota FRU cedera, bas langgar tembok pembahagi plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah bas PDRM yang terbabit kemalangan selepas melanggar tembok pembahagi plaza tol di Plaza Tol Setul arah Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), semalam

SEREMBAN – Lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (Unit 7) Seremban mengalami kecederaan ringan selepas bas milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Plaza Tol Setul arah Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.25 petang, apabila bas yang dinaiki seramai 16 orang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) PDRM itu sedang dalam perjalanan dari Cheras menghala ke Seremban.

“Apabila sampai di lokasi, terdapat sebuah lori telah mengubah haluan dari lorong kanan masuk ke lorong kiri di hadapan bas PDRM.

“Pemandu bas PDRM telah cuba mengelak dari melanggar lori tersebut bagaimanapun menyebabkan bas yang dipandu terbabas dan melanggar tembok pembahagi plaza tol.

“Akibat kemalangan ini, seramai lapan orang penumpang bas PDRM telah mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut manakala lapan orang lagi penumpang termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu tanpa kecermatan dan siasatan lanjut masih diteruskan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI