fbpx

Wanita tewaskan 4 penyerang berpistol guna penyapu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan memegang sebatang penyapu lalu cuba memukul kumpulan penyerang berkenaan. – X

NEW DELHI – Seorang wanita di negeri Haryana, India menggamit perhatian netizen  selepas berjaya mengusir empat penyerang bersenjatakan pistol dengan hanya menggunakan batang penyapu, lapor laman berita India Times kelmarin.

Identiti wanita tersebut tidak didedahkan. Namun seorang mangsa, Harikishan cedera dalam kejadian pada 27 November lalu itu akibat ditembak kumpulan penyerang berkenaan.

Dalam klip video yang tular, empat lelaki dilihat tiba di hadapan sebuah rumah sambil menunggang motosikal.

Mereka melepaskan tembakan ke arah Harikishan yang ketika itu sedang berdiri di hadapan rumahnya, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Namun, seorang wanita kemudian tiba secara tiba-tiba muncul sambil memegang sebatang penyapu lalu cuba memukul kumpulan penyerang berkenaan.

Empat lelaki itu dengan pantas melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Laman berita NDTV melaporkan, Harikishan terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli kumpulan samseng.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai dalam insiden tersebut adalah tindakan berani wanita berkenaan.

“Wanita yang berani. Dia menakut-nakutkan empat penyerang yang mempunyai pistol dengan hanya menggunakan batang penyapu,” kata seorang netizen.

“Kehebatan wanita penyapu,” kata pengguna lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI