fbpx

Pencuri pandang CCTV, pakai pelitup muka elak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dilihat berjalan keluar dari kedai dengan membawa beg plastik. - Stomp

SINGAPURA – Polis Singapura sedang menyiasat seorang lelaki yang didakwa mencuri 18 kotak durian dari sebuah kedai buah di Joo Chiat, lapor laman berita Stomp semalam.

Berdasarkan klip video dimuat naik dalam akaun Instagram @SgfollowsAll pada Jumaat lalu, seorang lelaki menaiki peranti mobiliti dilihat berhenti di luar kedai Sure Bagus Fruits dan merenung ke arah sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Dia kembali semula ke kedai tersebut selepas menukar baju dan memakai pelitup muka. Dia dilaporkan melarikan durian ketika pekerja kedai itu keluar makan tengah hari pada pukul 11.40 pagi (waktu tempatan).

Menerusi hantaran tersebut, seorang pekerja bernama Wisley meminta bantuan orang ramai supaya dapat menjejaki pencuri itu.

“Kedai kecil keluarga saya kehilangan 18 kotak durian yang dilarikan pencuri. Kami mula meniaga pada tahun ini dan durian menyumbang sebahagian besar pendapatan harian kami. Kotak-kotak itu adalah untuk pelanggan yang telah membuat pesanan, jadi kami kerugian kami,” katanya.

Polis memaklumkan mereka sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu pada hari sama dan sedang menjalankan siasatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI