fbpx

Gunung Marapi di Sumatera meletus, 11 pendaki terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu daripada letusan Gunung Marapi dirakam dari Tanah Datar di Sumatera Barat semalam. – AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 11 pendaki ditemui mati, manakala tiga yang lain diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat selepas Gunung Marapi meletus di barat Indonesia.

Gunung berapi setinggi 2,891 meter  yang terletak di Sumatera Barat  itu meletus semalam dan menghamburkan abu setinggi 3,000 meter ke ruang udara.

Pasukan mencari dan menyelamat bekerja semalaman bagi mencari semua pendaki yang dilaporkan hilang.

Pegawai-pegawai tempatan dan agensi kebangsaan menyemak semula jumlah pendaki gunung tersebut semalam kepada 75 orang.

Pagi ini, pasukan penyelamat menemui mayat 11 pendaki dekat  kawah Marapi.

“Terdapat 26 orang yang belum dipindahkan, dan kami menemui 14 daripada mereka. Tiga ditemui selamat, manakala 11 meninggal dunia,” kara Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Padang, Abdul Malik.

Tambah Abdul Malik, 12 pendaki masih hilang,  manakala 49 yang telah turun dari gunung itu sudah dibawa ke hospital.

Katanya lagi, letusan Gunung Marapi ketika ini berterusan sekali gus menghalang usaha pemindahan udara menggunakan helikopter.

“Secara visual, sehingga pagi ini asap masih berkepul-kepul dari atas. Secara visual semuanya masih kelihatan kelabu,” katanya.

Gunung Marapi diletakkan pada tahap berjaga-jaga kedua sistem empat tahap Indonesia, manakala pihak berkuasa telah mewujudkan zon pengasingan dalam lingkungan  3 kilometer di sekitar kawahnya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI