fbpx

Amizar angkat sumpah ADUN Pelangai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amizar mengangkat sumpah jawatan itu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang.

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang baharu, Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Amizar yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, Sabtu lalu, Amizar yang juga calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,949 undi.

Beliau mendapat 7,324 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya memperoleh 47 undi.

PRK DUN Pelangai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI