fbpx

Johor rayu DPP kaji hukuman pesalah pencemaran Sungai Kim Kim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri akan membuat rayuan berhubung hukuman denda dijatuhkan Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap pemandu lori yang menyebabkan insiden pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, pada 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, rayuan itu ekoran pihaknya merasakan denda yang diberi terlalu rendah.

Menurut beliau, jumlah denda keseluruhan sebanyak RM320,000 itu tidak memberi justifikasi kepada perkara yang berlaku.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita akan buat rayuan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk lihat semula sama ada denda dikenakan itu berbaloi atau tidak dengan apa kerajaan belanja serta kesan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas tamat sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan memaklumkan pemandu lori, N. Maridass didenda maksimum RM100,000 kerana menyebabkan kejadian pencemaran Sungai Kim Kim.

JAS turut memaklumkan, syarikat terlibat iaitu P. Tech Resources Sdn. Bhd. yang berdepan lapan pertuduhan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 juga dikenakan denda RM40,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM320,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah pada 30 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI