fbpx

Johor harap sistem QR Code diguna pakai di CIQ permudahkan pengembara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI – Penggunaan kaedah digital sistem QR Code, sama seperti dibuat Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di negeri ini boleh dilaksana bagi memudahkan pergerakan keluar masuk pengembara.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu merupakan salah satu daripada tiga cadangan kerajaan negeri dalam melancarkan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Kita sedia maklum bahawa Singapura telah mengumumkan pelaksanaan sistem QR Code bagi pergerakan keluar masuk di CIQ mereka bermula 1 Januari 2024.

“Sehubungan itu, Johor juga berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbang kaedah digital yang sama bagi melancarkan pergerakan di sempadan yang tersibuk di dunia ini,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Onn Hafiz turut memberitahu, cadangan lain termasuklah bagi memastikan kelancaran pergerakan pekerja dan barang dagangan, inisiatif seperti visa kemasukan berganda, pas khas dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam yang mencukupi.

“Johor juga mencadangkan agar kerajaan infrastruktur utama seperti laluan khas daripada LinKedua ke Forest City, pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT), kereta api berkelajuan tinggi (HSR), servis feri, dan kemudahan landing point untuk Air Taxi dilaksana segera.

“Kita mengharapkan kerajaan persekutuan melihat kepada insentif fiskal merangkumi insentif percukaian seperti cukai korporat dan individu, duti eksais, dan investment tax allowance,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI