fbpx

EPL: Guardiola lancar perang psikologi puji Postecoglou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY mahu menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri untuk mencari kemenangan untuk membolehkan mereka kembali merampas kedudukan puncak EPL. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menerima khabar gembira mengenai status terbaharu beberapa pemain tonggaknya yang semakin pulih daripada masalah kecederaan.

Menurutnya, pemain tengah Mateo Kovacic semakin hampir mencapai tahap kecergasan terbaik dan mampu untuk diturunkan menjelang aksi menentang Tottenham Hotspur di Etihad tengah malam ini.

Bagaimanapun, dua lagi pemainnya, bek tengah, John Stones pula mungkin tidak akan disenaraikan sebagai langkah berjaga-jaga, namun pemain itu sudah pulih sepenuhnya sementara Matheus Nunes memerlukan tempoh beberapa hari lagi untuk cergas.

“Mateo sudah kembali, dia menjalani sesi latihan penuh bersama pasukan, tetapi saya fikir Matheus memerlukan tempoh beberapa hari lagi atau lebih kurang seminggu untuk benar-benar berada pada tahap terbaik.

“Mengenai John, saya fikir dia menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Dia semakin hampir untuk kembali bersama kami dan memberikan sumbangan terbaik kepada pasukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Guardiola melancarkan perang psikologi terhadap Spurs apabila menyifatkan pengurus pasukan itu, Ange Postecoglou sebagai seorang jurulatih yang baik dan memiliki visi bola sepak luar biasa.

“Saya pernah bertemunya sekali dalam tiga atau empat sesi pramusim apabila kami ke Jepun untuk menentang skuad kendaliannya, Yokohama F Marinos.

“Individu seperti Ange menjadikan bola sepak sebagai suatu yang lebih baik dan istimewa. Berulang kali saya memberitahu bahawa saya seorang pengurus, tetapi dalam masa sama saya juga pemerhati. Saya menikmati gaya permainan Spurs di bawah Ange,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI