fbpx

[VIDEO] Penyamun bersenjata botol ubat nyamuk diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar jenayah samun dilakukan suspek dalamsebuah kedai runcit di Kampung Johan Setia, Klang.

KLANG – Kelicikan empat penyamun bersenjatakan botol penyembur ubat nyamuk melarikan wang tunai dan tiga tabung derma dari sebuah kedai runcit berakhir dengan tiga daripadanya ditahan kelmarin.

Penahanan ketiga-tiga suspek lelaki berusia 23 hingga 35 tahun dilakukan antara pukul 8.30 hingga 11 malam di sekitar Kuang dan daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, berdasarkan siasatan mendapati kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari pada Rabu dengan empat suspek menyamar pelanggan bagi membeli barangan dalam sebuah kedai runcit di Kampung Johan Setia di sini.

“Semasa kejadian terdapat hanya seorang pekerja di kedai runcit tersebut. Secara tiba-tiba seorang daripada suspek mengeluarkan pemetik api dan botol penyembur disyaki ubat nyamuk dan membakar di hadapan mangsa bagi menakutkannya.

“Dua suspek masuk dalam kawasan kaunter dan mengambil duit, dua karton rokok, tiga tabung derma dan telefon bimbit pekerja itu sebelum melarikan diri menggunakan kereta Perodua Alza berwarna silver,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun kata beliau tiada kecederaan dilaporkan terhadap mangsa dengan nilai kerugian dianggarkan RM800.

Bertindak atas maklumat, Hoong Foong berkata, sepasukan polis kemudiannya menahan seorang suspek di Kampung Bunga Raya, Kuang dekat sini dan dua lagi di Bukit Tinggi Klang.

Turut dirampas pakaian dan beberapa barangan kes bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai 11 rekod lampau jenayah dan tujuh berkaitan dadah. Ketiga-tiga suspek kini direman selama lima hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan adegan jenayah samun dengan seorang daripadanya menyala api daripada semburan ubat nyamuk

Suspek juga mengarahkan mangsa agar tidak bergerak sepanjang jenayah tersebut dilakukan mereka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI