fbpx

Lihat sendiri pengorbanan jururawat di pedalaman Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengorbanan jururawat yang ditugaskan di pedalaman Sabah.

PETALING JAYA – Bukan sahaja pakaian seragam kotor berlumpur, seorang jururawat di Sabah juga terpaksa merisikokan diri menaiki sebuah sampan kayu kecil yang usang bagi menyeberang sungai demi menjalankan tugasnya.

Satu klip video yang dikongsi melalui Facebook Sabah Info menunjukkan bagaimana seorang jururawat berkorban demi menyelesaikan tugasannya di sebuah perkampungan di pedalaman Sabah.

Dengan mengharungi sebatang sungai kecil, jururawat tersebut dilaporkan ingin melakukan satu rawatan untuk seorang wanita yang baru bersalin di sebuah kampung di Pitas, Sabah.

Klip video tersebut turut menyaksikan bagaimana perasaan jururawat tersebut yang dilihat sedikit takut namun tetap memberanikan diri walaupun berdepan ancaman bahaya dan kekotoran.

Rata-rata pengguna media sosial turut merasai keperitan bagaimana golongan jururawat yang ditugaskan di kawasan pedalaman berkorban apa sahaja demi melunaskan tugas mereka,

“Semoga Allah mbalas jasa budibaik insan-insan yang menjalankan tugas ini dan juga dibekalkan kesihatan yang baik sepanjang berkhidmat ini amin ya rabbal alamin,” kata Ismail Abdullah.

“Semoga Allah jaga mereka selalu kerana berjihad demi masyarakat tidak kira bahaya dan membalas segala pahala mereka dengan segala macam pintu rezeki. Syurga buat mereka,” jelas Nurhafizah Ahmad.

“Orang atas tidak akan tahu bagaiman penderitaan pekerja di bawah ini, sama seperti tentera, guru dan polis. Apa yang mereka tahu hanya tukar dasar. Cuba selami bersama masalah dengan kakitangan bawahan,” kata Dae Ranjuna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI