fbpx

EPL: Saka, Havertz legakan Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ dilihat semakin berjaya menyesuaikan diri dan kembali menemui sentuhan gol untuk membantu Arsenal sejak beberapa perlawanan lalu. - AFP

LONDON – Arsenal tidak tertekan dalam usaha mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang aksi bertemu Wolverhampton di Stadium Emirates malam ini.

Skuad The Gunners kini berada pada prestasi terbaik selepas mendahului carta dengan mengutip 30 mata selain turut cemerlang apabila membelasah Lens 6-0 pada aksi Liga Juara-Juara Eropah kelmarin.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memberi bayangan kombinasi cemerlang menerusi Kai Havertz dan Bukayo Saka akan terus diberikan peranan memimpin jentera serangan pasukan apabila bertemu Wolves nanti.

Kata Arteta, prestasi ampuh Havertz yang berjaya menjaringkan dua gol berturut-turut sangat menarik perhatian selepas dikritik hebat apabila bergelut awal musim ini.

“Saya sangat teruja melihat apa yang dipamerkan oleh Havertz sejak dua perlawanan lepas dan mula membantu jentera serangan selain bijak memastikan kedudukannya di kotak penalti dapat memberi ancaman buat pasukan lawan.

“Penyokong kini sudah mula menghargai kehadiran Havertz dan dia dijangka akan terus diberikan peranan sama pada perlawanan akan datang.

“Mengenai Saka, corak permainannya semakin matang kerana dia boleh menjaringkan gol pada sudut yang sukar selain tidak tamak untuk mencipta ruang jaringan buat rakan sepasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI