fbpx

AS sorok 9 ‘kapal makhluk asing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video dirakam oleh juruterbang tentera laut AS menunjukkan interaksi dengan 'fenomena udara tidak dikenal pasti'. - DoD/AFP/Getty Images

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa menyembunyikan sembilan kapal angkasa asing yang ditemui terhempas oleh sepasukan skuad rahsia, lapor akhbar Daily Star semalam.

Beberapa sumber memberitahu portal berita DailyMail bahawa ‘kapal angkasa makhluk asing’ itu adalah termasuk beberapa kapal angkasa yang terhempas dan tidak musnah.

Objek terbang tidak dikenali (UFO) itu ditemui oleh sayap Agensi Perisikan Pusat (CIA) dikenali sebagai  Pejabat Akses Global (OGA).

OGA telah terlibat dalam pengumpulan UFO untuk Direktorat Sains dan Teknologi CIA sejak 2003.

Menurut tiga sumber tersebut, maklumat itu diambil daripada individu-individu yang terlibat dalam misi mengumpulkan kapal-kapal angkasa tersebut.

Menurut sumber, CIA mempunyai sistem untuk ‘mengesan  UFO semasa ia menjadi halimunan’. Unit khas tentera akan dihantar selepas kepal angkasa itu terhempas.

UFO yang dikumpulkan tidak akan disimpan di bawah kawalan tentera untuk masa yang lama kerana terlalu banyak rekod. Ia biasanya akan dipindahkan ke ‘tangan peribadi’. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI