fbpx

Tapak perkuburan baharu di Pantai Dalam – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika mengadakan perbincangan mengenai tanah kubur berdekatan Masjid Khadijiyyah di Pantai Dalam semalam.

PETALING JAYA – Kerja-kerja pembukaan tapak perkuburan baharu di atas tanah wakaf di Pantai Dalam dekat sini dijangka mengambil masa tiga bulan.

Ahli Parlimen Pantai Dalam, Fahmi Fadzil berkata, kerja-kerja itu akan dilakukan selepas mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Khadijiyyah (masjid baharu) akan bertemu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu depan, diikuti permohonan kepada DBKL untuk memulakan kerja-kerja di tanah wakaf kubur baharu.

“Sementara waktu, saya telah minta pihak masjid dan rakan-rakan penggali kubur mengenal pasti tapak kubur secukupnya sehingga selesai kerja-kerja tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan, semalam telah diadakan perbincangan mengenai tanah kubur berdekatan Masjid Khadijiyyah di Pantai Dalam.

Menurut beliau, antara yang perlu dilaksana ialah membangunkan tapak perkuburan baharu di tanah wakaf yang telah selesai proses pemindahan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata, isu tambah baik saliran di sekitar tanah kubur sedia ada serta beberapa isu lain turut dibincangkan.

Fahmi pada Ogos 2021 pernah membangkitkan mengenai isu ruang Tanah Perkuburan Islam di Jalan Kubur, Pantai Dalam yang hampir habis digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI