fbpx

Projek RTS Johor Bahru-Singapura siap 55 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-KERJA pembinaan jajaran tiang RTS yang merentasi Selat Tebrau berjalan lancar di Stulang Laut, Johor Bahru.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerja-kerja bagi projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang menghubungkan Johor Bahru ke Singapura telah mencapai tahap 55 peratus setakat ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, kemajuan projek itu mengikut mengikut jadual dan mampu disiapkan menjelang 2026.

“Perkembangan projek untuk pembinaan struktur rel, viaduct dan sebagainya sudah mencapai tahap 55 peratus sehingga kini manakala bagi pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) mencapai tahap sembilan peratus.

“Projek yang kita tumpu ialah sekarang adalah bahagian struktur rel kerana ia melibatkan sambungan dengan pihak pembinaan yang dilakukan pihak kerajaan Singapura.

“Walaupun pembinaan CIQ baru mencapai sembilan peratus, ia masih mengikut jadual, saya kira pembinaan di Singapura juga berjalan lancar,” katanya pada akhbar selepas Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek Jambatan Sungai Masai di Jalan Masai Lama, di sini semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI