fbpx

Bunuh bapa saudara: Penggangur lepas kerana tidak waras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Tarmizi terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Taiping hari ini mendapati lelaki itu tidak waras ketika membunuh bapa saudaranya, tiga tahun lalu. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAIPING – Seorang penganggur terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lelaki itu tidak waras ketika membunuh bapa saudaranya, tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping, Noor Ruwena Md. Nurdin memerintahkan Ahmad Tarmizi Harun, 33, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan untuk rawatan.

Dalam penghakimannya, Noor Ruwena berkata, meskipun lelaki itu didapati menyebabkan kematian mangsa seperti mana pertuduhan, namun elemen niat tidak dapat dibuktikan oleh pendakwaan walaupun dengan keterangan pengakuan oleh terduduh kepada saksi ke-14 (ibu) dan saksi ke-15 (ibu saudara).

Beliau berkata, mahkamah menerima keterangan saksi ke-9 (pakar psikitri) dalam hal tersebut atas pertimbangan kebarangkalian bahawa tertuduh tidak siuman pada masa kesalahan dilakukan.

Jelasnya, jika tertuduh seorang yang waras dan berniat jahat, dia pasti akan cuba menyorokkan bukti kejadian yang boleh dikaitkan dengannya.

“Keterangan menunjukkan, kepala si mati yang berdarah ditutup dengan tuala kecil manakala badannya ditutup dengan baju dan kain.

“Batu-bata yang digunakan untuk menghentak kepala si mati juga ditinggalkan di tepi mayatnya manakala kesan tapak kaki berdarah di dalam rumah tidak cuba dilap atau dihilangkan selain jam tangan tertuduh yang selalu dipakainya dicampak di dalam rumah,” ujar beliau.

Menurut Noor Rowena, keterangan pakar psikitri itu juga menyokong keterangan kakak tertuduh mengenai keadaan lelaki itu yang tidak tentu arah beberapa hari sebelum kejadian yang menunjukkan keadaan kesihatan mentalnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI