fbpx

Bekas setiausaha negara AS, Henry Kissinger meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 17 Julai, 1980 menunjukkan Kissinger melambai semasa konvensyen Parti Republikan di Detroit. – AFP

WASHINGTON –  Bekas setiausaha negara Amerika Syarikat (AS)  yang mempromosikan kuasa tentera Washington dalam membentuk dunia pasca Perang Dunia Kedua, Henry Kissinger meninggal dunia pada usia 100 tahun, kata firma perundingnya.

“Dr. Henry Kissinger iaitu seorang ilmuwan dan negarawan AS yang dihormati, meninggal dunia hari ini (semalam)  di rumahnya di Connecticut,” kata firma Kissinger Associates dalam satu pengumuman lewat semalam.

Menurutnya, keluarga Kissinger akan mengadakan majlis pengebumian peribadi dengan upacara memorial akan diadakan kemudian di New York.

Punca kematian Kissinger tidak didedahkan. Beliau masih aktif walaupun usianya telah mencecah satu abad. Pada Julai lalu, Kissinger berlepas ke China untuk bertemu Presiden Xi Jinping. – AFP 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI