fbpx

Pelanggan loya kunyah jari manusia dalam salad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian itu berlaku di restoran Chopt di Mount Kisco. - Mark Vergari/The Journal News / USA TODAY NETWORK

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menyaman sebuah rangkaian restoran selepas menemui sepotong jari manusia dalam makanannya, lapor saluran berita Fox News semalam.

Allison Cozzi dari Connecticut menemui jari tersebut ketika menjamu selera di salah sebuah premis rangkaian restoran Chopt di Mount Kisco, New York pada 7 April lalu.

“Dia terkunyah sepotong jari manusia yang dicampur ke dalam salad,” demikian menurut tuntutan mahkamah.

Jelas tuntutan tersebut, pengurus restoran cawangan berkenaan terpotong jari telunjuk kirinya semasa menggunakan pisau untuk memotong arugula.

Tuntutan saman itu turut mendakwa bahawa potongan jari tersebut telah dimasukkan ke dalam hidangan salad dan diberikan kepada pelanggan termasuk Cozzi.

Cozzi didakwa mengalami kesan sampingan termasuk gangguan kognitif, pening, loya, serangan panik, terkejut, migrain serta ketidakselesaan leher dan bahu selepas kejadian itu.

Menurut rekod Jabatan Kesihatan Daerah Westchester, premis tersebut didenda AS$900 (RM4,182) selepas kejadian itu. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI