fbpx

[VIDEO] Agong, Putera Albert II lawat Kuala Gandah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah, Putera Albert II dan Tengku Hassanal bergambar di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan( PKGK ) Kuala Gandah, Lanchang hari ini.

TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunggang gajah sempena lawatan Putera Monaco, Putera Albert II ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan( PKGK ) Kuala Gandah, Lanchang hari ini.

Al Sultan Abdullah menunggang gajah diberi nama Myainton Pian berusia 49 tahun tu yang dibawa masuk dari Myanmar, manakala Putera Menaco menunggang gajah bernama Alang dengan dikawal kakitangan terlatih di PKGK Kuala Gandah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah pula menunggang gajah bernama Abot, manakala seorang lagi kerabat Diraja Menaco menunggang gajah bernama Rambai.

Sebanyak tujuh ekor gajah turut membuat pertunjukan iaitu Abot, Alang, Myainton Pian, Kasturi, Timur serta Lasa dan setakat ini terdapat sebanyak 25 ekor gajah di PKGK Kuala Gandah yang menjadi daya tarikan domestik dan asing. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI