fbpx

Pertama kali bahas di DUN, Bad raih pujian YB Muda contoh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baddrol ketika membahaskan pembentangan Bajet 2024 Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – ‘Masa masih ada lagi? Sebab sebelum ini saya bermain banyak masa tambahan’

Demikian seloroh bekas pemain bola sepak yang terjun ke dunia politik, Baddrol Bakhtiar (PN-Pas) tatkala pertama kali bangun membahaskan pembentangan Bajet 2024 Kedah pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Selesa membahasakan dirinya sebagai ‘Gurun’ sepanjang perbahasan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun itu dilihat tidak kekok dengan posisi baharunya ketika membaca teks yang disediakan bagi sesi tersebut.

Malah Timbalan Speaker DUN Kedah, Abdul Razak Khamis turut memuji wakil rakyat berkenaan sebagai ‘YB Muda’ yang sopan usai perbahasan.

“Teruja jumpa anak muda yang cukup menghormati dewan, cara dia sopan. Ini contoh YB Muda yang kita contohi, harap kekal dengan cara itu anak muda kita nak tengok,” kata Abdul Razak.

Baddrol ketika sesi membahaskan belanjawan itu juga dilihat membangkitkan banyak isu berkaitan sukan termasuk komitmen kerajaan negeri untuk membangunkan sukan negeri termasuk melahirkan lebih banyak atlet.

“Gurun suka jika Exco mempertimbangkan sukan yang semakin suram agar diwujudkan satu daerah satu sukan,” bahasnya.

Beliau juga mencadangkan agar kerajaan negeri menggunakan peruntukan RM4 juta bagi membaiki trek di Stadium Darul Aman yang didakwanya uzur.

“Trek di Stadium Darul Aman ini uzur sejak zaman saya main bola sepak dan harap diperbaiki supaya boleh lahir pelari pecut bertaraf antarabangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI