fbpx

Pemandu kereta Honda Jazz terbabas, terbakar masih kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Honda Jazz yang terbakar selepas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai semalam.- Foto PDRM

KUALA KRAI – Pemandu sebuah kereta jenis Honda Jazz yang terbakar selepas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini semalam masih kritikal dan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ), Kota Bharu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, Wan Sharizat Azwan Sharul Anwar, 28, kini masih tidak sedarkan diri selepas dipindahkan ke HRPZ II semalam.

Menurutnya, mangsa kini dalam pemantauan rapi oleh doktor berikutan keadaannya masih kritikal.

“Mangsa yang bekerja di kedai barangan plastik di Kampung Sireh, Kota Bharu ketika ini menggunakan alat bantuan pernafasan untuk bernafas.

“Isterinya, Nur Hafisah Razmi, 25, mengalami luka pada kepala, muka dan kedua-dua belah kaki masih dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, konvoi tiga kenderaan berakhir tragedi selepas seorang bayi perempuan berusia 7 bulan rentung, manakala bapanya melecur 80 peratus dalam kebakaran kereta yang terbabas di Kilometer 69, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE
habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI