fbpx

Lupus sampah elak denggi ketika musim hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai supaya kerap melupuskan sampah, bahan buangan dan barang lusuh di tempat yang sepatutnya ketika musim hujan.

Peringatan itu dikeluarkan sebagai pesanan khidmat masyarakat mengenai langkah pencegahan demam denggi susulan pengumuman Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkenaan Monsun Timur Laut bermula November

“Pelbagai jenis bekas yang terdiri daripada bahan buangan, sampah bekas makanan, minuman dan barang lusuh berpotensi menakung air.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk melakukan aktiviti gotong royong di dalam dan di rumah premis dan lupuskan sampah di tempat yang telah ditentukan,” kata KKM.

Selain itu, KKM turut menasihati orang ramai untuk melakukan aktiviti mencari dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes selama 10 minit seminggu.

“Pastikan juga bekas minuman haiwan peliharaan dan mainan yang berada di luar rumah tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” kata KKM.

Sebanyak 48,429 kes demam denggi dilaporkan sehingga minggu epidemiologi (ME) 43 yang berakhir pada 28 Oktober 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI