fbpx

[VIDEO] Selepas Coldplay, konsert Siam di Bachok pula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video konsert tersebut.

PETALING JAYA – Satu konsert yang memaparkan kumpulan penyanyi wanita dikenali sebagai Thungpang yang berasal dari Thailand, didakwa telah dianjurkan di Kampung Balai jajahan Bachok, Kelantan Jumaat lalu.

Konsert tersebut difahamkan dianjurkan bersempena dengan salah satu perayaan yang dirayakan masyarakat peranakan Kelantan-Siam itu menjadi tular selepas kerajaan membenarkan konsert kumpulan dari United Kingdom, Coldplay di Bukit Jalil.

Kosmo! difahamkan konsert tersebut diadakan di salah sebuah wat siam di kampung tersebut.

Tanpa disedari, konsert artis dari Thailand itu juga dilaporkan telah dihadiri ribuan penonton bagi menyaksikan kelincahan penyanyi wanita kumpulan terbabit di atas pentas.

Tiada langsung bantahan difahamkan berlaku berkaitan konsert tersebut tidak seperti apa yang berlaku terhadap Coldplay yang berjaya menghimpunkan 75,000 penonton itu.

Rata-rata orang ramai juga terkejut dengan penganjuran ‘konsert Siam’ itu walaupun tahu ia diadakan bersempena perayaan bagi suku kaum terlibat.

“Nah, kata dekat orang lagi, Betul konsert ni untuk golongan tertentu tapi percayakah kita golongan Melayu-Islam tidak pergi sedangkan penduduk di Kelantan majoritinya Melayu,” jelas Nazim Fkhri.

“Kalau orang anjur nanti ada la kata dajal, sesat dan ada pula yang doakan kehancuran. Tapi kalau konsert ni pula senyap seribu bahasa. Bagi saya sama sahaja.

“Itu lah orang cakap jangan kuat sangat berpolitik. Hidup jangan serius sangat, ada masa kita suka ada masa kita menangis,” jelas Faiz Ismail. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI