fbpx

Perak teruskan projek penerokaan hutan, pembalakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kiri) melawat tapak pameran ketika menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Halal Malaysia 2023 Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perak akan meneruskan projek penerokaan hutan di mukim Senggang, Kuala Kangsar meskipun dibantah penduduk setempat yang mendakwa aktiviti pembalakan di situ boleh mengancam alam sekitar dan keselamatan mereka.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad malah berkata, usaha itu telah mendapat kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) yang membolehkan rancangan tersebut diteruskan.

Jelas beliau, kawasan antara Gunung Bubu dan pekan Manong itu telah dinyahwartakan daripada status hutan simpan dan kerajaan bersetuju memberikan tanah tersebut kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri (SADC) bagi tujuan program usahawan tani belia.

Saarani memberi jaminan aktiviti berkenaan termasuk penebangan pokok akan mematuhi kehendak EIA.

“Proses untuk penebangan kita tidak akan tebang sekali gus. Tebang secara berperingkat. Tidak akan dibenarkan untuk menebang dalam masa musim hujan. Ada prosedur mereka perlu memulihara dengan menanam pokok untuk mengelakkan berlaku hakisan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang sebab kita tidak akan mendedahkan punca banjir atau menyusahkan orang ramai. Kita belajar daripada pengalaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Halal Malaysia 2023 peringkat negeri Perak anjuran Halal Development Corporation Bhd. di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI