fbpx

Kastam Perak patahkan cubaan seludup rokok putih, kretek bernilai RM2.13 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Ghafar (dua dari kiri) menunjukkan rokok putih dan kretek yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Pantai Remis dan Sitiawan minggu lalu.

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas lebih 2.69 juta batang rokok putih dan kretek seludup dengan nilai cukai keseluruhan RM2.13 juta dalam dua serbuan berasingan di Pantai Remis dan Sitiawan, Khamis lalu.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, serbuan pertama pada pukul 10.15 pagi itu dilakukan Cawangan Penguatkuasa JKDM Stesen Taiping di kawasan rumah terbiar di Pantai Remis.

“Hasil pemeriksaan di rumah tinggal itu menjumpai 127,200 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama disimpan di bahagian ruang tamu rumah.

“Nilai cukai rampasan itu dianggarkan berjumlah RM100,907.40 yang disyaki merupakan barang belum lulus kastam,” katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM Perak di Taman Meru 2B, di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam serbuan kedua pada pukul 1.30 petang oleh Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Lumut, sebanyak 2,568,470 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama.

Katanya, serbuan tersebut dijalankan di sebuah rumah dalam kawasan komuniti berpagar di Sitiawan membabitkan nilai cukai berjumlah RM2,032,372.21.-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI