fbpx

EPL: Chelsea terlalu lembik – Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA menanggung kekalahan keempat musim ini selepas tewas kepada Newcastle kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino jelas berang dengan anak buahnya dan menganggap pemain terlalu lembik hingga memberikan kemenangan 4-1 kepada Newcastle United di St. James Park, kelmarin.

Selepas tuan rumah membuka jaringan menerusi Alexander Isak, Chelsea pamer reaksi positif apabila Raheem Sterling menyamakan kedudukan namun selepas itu skripnya berubah hingga Reece James dilayangkan kad merah.

“Kami tidak menunjukkan yang kami sedang bermain perlawanan penting. Hakikatnya Newcastle juga tidak bermain dengan baik namun ini kemenangan mudah buat mereka sebelum hadapi Liga Juara-Juara.

“Kami perlu beri kesukaran kepada mereka dan tunjukkan bukan mudah untuk tewaskan Chelsea. Namun sebaliknya apabila kami lepaskan gol dengan mudah dan kami juga seperti berlembut setiap kali lakukan cabaran.

“Inilah yang membuatkan saya marah dan kecewa. Kita bercakap mengenai skuad muda, kami perlu belajar daripada perlawanan ini dan kami sebenarnya tidak boleh lepaskan peluang untuk buktikan kemampuan sebenar,” katanya.

Tiga lagi gol The Magpies dihasilkan oleh Jamaal Lascelles, Joelinton dan Anthony Gordon.

Ia adalah kekalahan kelima The Blues dalam 13 aksi awal dan kini sekadar berada di kelompok pertengahan liga dengan 16 mata.

“Ia adalah aksi terburuk kami musim ini dan agak sukar untuk kami terima. Kami tidak boleh merungut kerana kami gagal membaca perlawanan ini sejak dari awal perlawanan lagi,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI