fbpx

Wahab belum muncul, polis ‘call’ tidak diangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Agus (kanan) bersama Abdul Wahab. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih dalam usaha mengesan pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir bagi membantu siasatan video perbualan membabitkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan memanggil Abdul Wahab untuk membantu siasatan sudah dilakukan namun sehingga masih tiada maklum balas daripadanya.

Jelas beliau, pelbagai usaha dilakukan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam mengesan Abdul Wahab.

“Kita telah beberapa kali cuba menghubunginya namun telefon bimbit telah dimatikan. Usaha menjejakinya masih dilakukan pihak polis melalui peguam.

“Jadi kita minta Abdul Wahab untuk tampil bagi membantu siasatan kes ini.

“Dia (Abdul Wahab) merupakan saksi penting selain dapat mengesahkan identiti Mr. H,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, identiti ‘Mr H’ masih misteri susulan pihaknya gagal mendapatkan keterangan atau laporan daripada Wahab.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan telah mengambil keterangan daripada empat individu iaitu Che’gu Bard, Bekas Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff, ‘Mr. H’ dan juga seorang pekerja hotel.

Mengulas lanjut mengenai video perbualan terbabit, pihaknya memaklumkan masih menunggu laporan daripada pakar tentang kesahihan video itu.

Terdahulu, Abdul Wahab dalam satu sidang media di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr. H.

Susulan kenyataannya itu, polis memanggil individu dipercayai Mr. H yang dimaksudkan bagi dirakam keterangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI