fbpx

Sambal nasi lemak Andy Cook gagal 100 peratus -Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi Andy Cook yang sedang menunjukkan cara memasak sambal nasi lemak.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial ‘menyekolahkan’ seorang tukang masak luar negara selepas mereka kurang bersetuju dengan penyediaan sambal nasi lemak yang mengandungi banyak belacan.

Kata pengguna, cara pembuatan sambal nasi lemak oleh tukang masak dikenali sebagai Andy Cook di laman TikTok itu adalah gagal 100 peratus.

Ini kerana kata mereka, tukang masak itu terlalu banyak menggunakan belacan dalam resepinya, sambal tidak pecah minyak dan kurang bawang merah.

“Dia buat sambal nasi lemak gagal 100% sebab belacan banyak sangat,” tulis @azhar M.

“Bahan dah ngam (kena), cuma tak pecah minyak dan bawang merah tak banyak,” kata @cikcha.shop.

Malah dakwa pengguna lagi, cara masakan sambal nasi lemak itu sudah ‘lari’ dan tidak menggunakan bahan yang betul.

“Dia buat sambal ke pes tomyam? Sambal nasi lemak rasanya pakai banyak bawang bukan serai,”ujar @hujanblueberry

“Dia guna belacan macam nak buat air asam makan sekampung,” kata @JohnDblend.

Malah kata pengguna lagi, penyediaan sambal nasi lemak yang betul dan lazat adalah dengan memasak lama sambal sehingga pecah minyak serta meletakkan sedikit gula perang.

“Kena letak banyak minyak baru pecah minyak tu sedap, sambal kena masak lama atas dapur bagi pecah minyak dan letak gula perang,” jelas @KAYUHOME PERABOT MEWAH.

Terdahulu, menerusi klip video yang dikongsi di laman TikTok, Andy Cook dilihat menggunakan banyak hirisan belacan dan serai ketika memasak sambal nasi lemak.

Selain itu, dia turut menggunakan bahan lain seperti bawang merah dan putih dan lada kering. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI