fbpx

Lelaki warga emas ditemukan mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dijumpai terapung di seberang Rh. Tanah Merah.

LIMBANG – Lelaki warga emas yang hilang di sungai berhampiran Rumah Panjang (Rh) Sing Kerangan Ma, Ulu Mendamit di sini sejak empat hari lalu ditemukan mati lemas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mayat Jampi Ugai, 76, dijumpai oleh orang awam di sungai berhampiran Rh. Tanah Merah, Medamit kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam.

“Berdasarkan maklumat daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR), mayat mangsa dijumpai terapung di seberang Rh. Tanah Merah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke jeti Jalan Mendamit dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 12.20 tengah hari Khamis lalu, setelah tidak balik ke rumah selepas dipercayai pergi ke sungai untuk memukat ikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI