fbpx

Konflik Palestin-Israel: Hospital Indonesia dikosongkan sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peralatan perubatan berselerak di luar Hospital Indonesia berhampiran kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza kelmarin. - AFP

BANDAR GAZA – Hospital Indonesia di utara Gaza telah dikosongkan sepenuhnya semalam dengan pesakit dipindahkan dari wad dan dewan pembedahan, lapor laman berita Middle East Monitor.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf Al-Qudra mengumumkan perkara tersebut semalam sambil menambah, baki beberapa pesakit juga sudah dipindahkan dari Kompleks Perubatan Al-Shifa.

“Bantuan perubatan yang memasuki Gaza tidak mencukupi dan jauh lebih sedikit berbanding bekalan sebelum ini,” kata Ashraf sambil menambah, bantuan yang dibenarkan masuk tidak mampu menampung lebih dua juta penduduk Gaza.

Dia turut memberi amaran bahawa keadaan kesihatan di Semenanjung Gaza adalah sangat teruk, sangat memudaratkan.

“Tiada kemudahan kesihatan,” kata Ashraf.

Tambahnya, hanya tiga hospital beroperasi dengan keupayaan yang sangat terhad di utara Semenanjung Gaza di mana kira-kira 900,000 orang masih tinggal.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza dengan menyasarkan sekolah, hospital, dan masjid dan gereja sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 14,854 orang, kata pejabat media kerajaan di Gaza Khamis lalu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI