fbpx

Tukar idealisme lebih segar untuk tarik sokongan anak muda – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi ketika bercakap dalam sidang akhbar pada Kongres Wanita PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengakui wujud perbezaan ketara dalam soal gerakan idealisme parti khususnya ketika bergelar pembangkang dan menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Menurutnya, perbezaan itu menyebabkan sebahagian golongan muda tidak lagi berminat memberi sokongan kepada parti-parti dalam kerajaan termasuk PKR.

“Ketika menjadi pembangkang, kita ada kelebihan kerana hanya perlu mengapi-apikan termasuk membangkitkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan.

“Bagaimanapun, situasi berbeza apabila kita berada dalam kerajaan, malah isu itu menjadi cabaran besar yang perlu dihadapi oleh sayap-sayap parti,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan di sini, hari ini.

Justeru, Rafizi mengingatkan pimpinan AMK dan Wanita Keadilan supaya terus kekal dalam perjuangan parti kerana sudah tidak ramai pimpinan PKR daripada generasi pertama kekal dalam parti.

“Sama ada dia tercicir, ‘habis gas’ awal, dia putus asa, dia kecewa dan akhirnya masuk parti lain. Sebab itu saya kembali kepada ketentuan bahawa Allah itu sebenarnya adil.

“Kami yang dulu, susah untuk menggerakkan parti, tetapi senang meyakinkan parti kerana situasi masyarakat ketika itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rafizi berkata, beliau mahu sayap AMK dan Wanita Keadilan menggerakkan idealisma lebih segar kerana PKR kini sudah berada dalam kerajaan dan bukannya lagi sebagai pembangkang.

Menurutnya, beliau mengakui ketiadaan idealisme lebih segar menyebabkan kedua-dua sayap itu sukar memenangi suara anak muda dan ia semakin menjauh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI