fbpx

Sasar kumpul 90,000 kg minyak masak terpakai hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah melihat tandan kelapa sawit sempena Trek Komoditi Zon Sarawak anjuran KPK, hari ini.

KUCHING – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan jumlah pengumpulan minyak masak terpakai sebanyak 90,000 kilogram dan penyertaan seramai 6,960 orang awam dalam Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai sehingga akhir Disember tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai yang dijalankan kementeriannya dengan kerjasama Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan terus diperluaskan ke stesen-stesen Petronas yang terpilih di seluruh negara.

“Bermula daripada hanya tiga stesen minyak Petronas di kawasan Lembah Klang sebagai pusat pengumpulan minyak masak terpakai, kini pusat pengumpulan berkenaan telah diperluaskan ke 33 stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia.

“Setakat ini di Sarawak terdapat dua lokasi stesen minyak Petronas terlibat iaitu Stesen Petronas Astana, Kuching dan stesen Petronas Desa Senadin, Miri,” katanya pada Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Dewan Masyarakat Kampung Tunku, Petra Jaya sempena Trek Komoditi Zon Sarawak anjuran KPK, hari ini.

Fadillah berkata sebagai salah satu inisiatif ekonomi kitaran agrikomoditi, Petronas akan menggunakan minyak masak terpakai itu sebagai salah satu sumber bahan mentah utama bagi menghasilkan bahan api penerbangan lestari (SAF).

Beliau menambah Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai juga bertujuan memberikan kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan amalan mengitar semula minyak masak terpakai demi menjaga alam sekitar serta membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan kepada isi rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI