fbpx

Malakoff rugi RM1,025.7 juta pada suku 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Syarikat penjanaan tenaga dan penyelesaian alam sekitar, Malakoff Corporation Berhad alami kerugian RM1,025.7 juta selepas mengaut hasil sebanyak RM2,154.5 juta pada suku akhir, 30 September tahun ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, ia menunjukkan penurunan sebanyak 32.2 peratus daripada RM3,180.2 juta yang dilaporkan di suku akhir, 30 September 2022.

“Penurunan ini disebabkan bayaran tenaga lebih rendah daripada Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE) akibat daripada penurunan Harga Arang Terpakai (ACP) serta ketiadaan hasil sumbangan daripada GB3 Sdn Bhd (GB3) berikutan Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) telah tamat tempoh pada 30 Disember tahun lalu.

“Malakoff mencatatkan Kerugian Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (LATMI) sebanyak RM85.6 juta manakala RM90.3 juta bagi Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATMI).

“Dalam tinjauan suku sama, Alam Flora Sdn Bhd mencatatkan PATMI sebanyak RM15.7 juta berbanding RM24.8 juta yang dilaporkan pada suku sama tahun 2022. Jumlah sisa Alam Flora juga menurun 30.1 peratus, daripada 492,600 MT kepada 299,779 MT,” ujarnya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanapun, katanya, sisa domestik dan bahan kitar semula di Pahang dan Putrajaya masing-masing meningkat sebanyak 7.1 peratus dan 21.5 peratus.

Menurut Anwar, ia adalah satu keperluan untuk mengiktiraf pelaksanaan sumber tenaga yang lebih hijau. Justeru, beliau yakin bahawa pengembangan pesat Malakoff kepada Tenaga Boleh Diperbaharui bakal menyokong seruan global bahkan sejajar dengan matlamat Malaysia untuk mencapai “Status Net-Zero” seawal 2050.

“Pada 4 pada Oktober lalu, kami dan Syarikat Kumpulan MMC (MMC) serta pelabuhan di bawah MMC telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka pelbagai inisiatif kuasa hijau, termasuk Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) Penggunaan Sendiri (SelCo), pembekalan kuasa darat ke kapal serta stesen pemasangan pengecas Kenderaan Elektrik (EV).

“Selain itu, sebagai tanda komitmen terhadap tenaga solar, kita juga telah mewujudkan Perjanjian Pembelian Tenaga Suria (SPPA) dengan Syarikat DRB-HICOM pada 1 November.

“Ia memberi tumpuan kepada pembangunan, operasi, dan penyelenggaraan sistem fotovoltaik suria secara keseluruhan 20.78 MWp ( (Megawatt peak),”tambahnya.

Jelasnya lagi, SPPA itu juga terjalin dengan Gas Malaysia Berhad pada 7 November lalu, yang merangkumi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan sistem fotovoltaik suria di tiga tapak Gas Malaysia termasuk dua stesen pemasangan pengecas EV. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI