fbpx

Budak lelaki masuk hospital selepas makan cicak tokek goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital selepas makan hidangan cicak tokek. - Raquel de Souza

BRASILIA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Brazil beberapa kali dikejarkan ke hospital selepas diberi makan cicak tokek goreng, lapor portal berita MailOnline semalam.

Budak lelaki itu pada awalnya jatuh sakit pada 7 November lalu ketika menghabiskan waktu hujung minggu di rumah bapanya di bandar Formosa.

Dia dilaporkan meminta pertolongan daripada ibu tiri dan nenek tirinya untuk menyediakan hidangan cicak tokek selepas hampir membunuh seekor reptilia itu ketika bermain. 

Ibu tiri budak lelaki itu memberitahu polis bahawa dia bersetuju menyediakan hidangan yang diminta selepas memberi syarat kepadanya untuk menangkap lebih banyak cicak tokek.

Selepas membawa pulang empat ekor cicak tokek, wanita itu membersihkan reptilia tersebut, menyalut perasa dan menggorengnya. 

Ibu kandung mangsa, Raquel de Souza berkata, dia membawa anaknya ke Hospital Negeri Formosa selepas dia mengalami sakit kepala, bengkak lidah, cirit-birit, muntah dan air kencingnya berwarna gelap.

Kanak-kanak lelaki itu dibenarkan pulang tiga hari kemudian tetapi kesihatannya bertambah buruk pada 13 November lalu. Dia dipantau di unit rawatan rapi sebelum dibenarkan pulang selepas beberapa jam. 

Dia jatuh sakit lagi pada malam Rabu, 15 November lalu dan dimasukkan ke hospital buat kali ketiga.

Menurut De Souza, usus anaknya mengalami masalah disebabkan kandungan bakteria berbahaya dalam badannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI