fbpx

Tanam buah dapat RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Shafiq menunjukkan golden melon yang diusahakan ketika ditemui di Bandar Penawar, Kota Tinggi baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Ilmu menanam pokok golden melon secara fertigasi yang dipelajari di internet ternyata berbaloi apabila ia mampu memberi pulangan lumayan sehingga RM40,000 kepada seorang pemuda di Bandar Penawar di sini.

Muhamad Shafiq Md. Gharip, 32, berkata, dia telah menanam 2,000 pokok di Agro Kejora yang mengeluarkan hasil antara 65 hingga 70 hari selepas ditanam.

Katanya, dia hanya mengeluarkan modal RM17,000 manakala ilmu dipelajari melalui rakan selain sumber internet.

“Sebelum ini saya tanam pokok pisang tetapi agak ambil masa untuk keluarkan hasil. Tetapi kali ini ia berbeza apabila golden melon ini berbaloi dan hasilnya cepat.

“Kaedah fertigasi lebih bersih, namun penjagaannya sangat mencabar kerana perlu lebih perhatian untuk memantau air, baja dan sebagainya,” katanya ketika ditemui.

Menurut Muhamad Shafiq, dia bercadang untuk menanam pokok anggur pula.

“Saya akan buka jualan ladang di mana pembeli boleh pilih dan petik sendiri golden melon bermula 1 Disember ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI