fbpx

2,305 kes Covid-19 pada Minggu Epideomologi ke-46 – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes Covid-19 meningkat 28.0 peratus iaitu 2,305 kes pada Minggu Epideomologi ke-46 (ME 46/2023) bagi tempoh 12 hingga 18 November berbanding 1,801 kes yang dilaporkan minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, namun kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk yang disyaki dijangkiti ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 peratus bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023 iaitu bagi tempoh 5 hingga 11 November.

Kata kenyataan itu, peratusan pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) bagi minggu berkenaan adalah 0.4 peratus manakala peratusan pengisian katil bukan kritikal sebanyak 0.7 peratus.

“Pada ME 46/2023 sebanyak 21 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 20 kes varian membimbangkan (VOC) dan satu kes varian yang perlu mendapat perhatian (VOI),” katanya di sini, hari ini.

KKM turut memaklumkan, sehingga kini, sebanyak 785 kumulatif kes sedang beredar VOI (XB.1.16, XB.1.5 dan EG.5) dengan 783 kes merupakan kes tempatan manakala dua kes import.

“Pecahan kes merangkumi 143 kes di Sarawak, Selangor (136), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (119), melaka (117), Johor (59), Kedah (52), Pulau Pinang (37).

“Manakala, Terengganu dengan 24 kes, Sabah (23), Kelantan (21), Negeri Sembilan (16), Perlis (12), Perak dan Putrajaya masing-masing (sembilan) dan Pahang (lapan),” ujarnya.

Sementara itu, bagi aktiviti survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) bagi Covid-19 di lokasi sentinel seluruh negar mendapati sebanyak 61 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 7.0 peratus manakala sebanyak 69 sampel SARI dengan kadar positif 3.0 pada ME 45/2023.

Jelas kenyataan itu lagi, berdasarkan data sehingga 31 Oktober lalu, hanya 16,348,414 iaitu 50.1 peratus penduduk negara menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus atau 828,148 sahaja mendapat dos penggalak kedua.

Dalam pada itu, KKM menjangkakan kemungkinan berlaku sedikit peningkatan kes Covid-19 susulan pergerakan, perjumpaan sanak saudara serta rakan ketika sambutan perayaan dan aktiviti perkumpulan.

“KKM ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan antaranya kerap mencuci tangan dan digalakkan memakai pelitup muka bagi golongan berisiko,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI