fbpx

Permintaan terhadap khidmat mutawwiffah dari Malaysia semakin tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta KMI yang kini bersedia menawarkan khidmat sebagai mutawwiffah kepada jemaah umrah.

KUALA LUMPUR – Perniagaan berkaitan perkhidmatan menguruskan umrah seringkali  memerlukan mutawwif dan mutawiffah berpengalaman khususnya individu yang terlibat dalam bidang pengajian agama, bahasa arab, sejarah nabi dan pelbagai lagi.

Sehubungan itu, peluang kerja dalam bidang berpotensi tersebut agak terhad dan memberi kesukaran kepada mereka yang tiada kemahiran tersebut.

Bagaimanapun, idea, kreativiti dan inovasi yang dibangunkan oleh pemilik syarikat UAF Manasik Resources, Abdullah Feisal yang menganjurkan Kem Mutawwif Integrasi (KMI) baru-baru ini telah membuka ruang dan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang tersebut meskipun tidak memiliki kelulusan dalam pengajian agama apatah tidak pandai berbahasa Arab dan berpengetahuan dalam bidang pengurusan umrah.

Menurut beliau, idea pembangunan KMI telah mula tercetus sejak lapan tahun lalu dan ia menjalani pelbagai fasa kajian dan pelbagai lagi cabaran hinggalah program tersebut berjaya direalisasikan melalui kerjasama dengan beberapa pihak.

“KMI terbuka kepada semua dan ada juga mutawwif  yang telah bekerja dengan syarikat lain tetapi mereka menyertai kem ini untuk meningkatkan ilmu, pengalaman dan kesedaran tentang umrah dan pelbagai lagi malah ia membentuk jiwa yang lebih memahami tentang Nabi Muhammad SAW.

“Ia bukan sekadar ilmu tetapi akan dapat menjiwai sepenuhnya setiap apa yang dilakukan semasa mereka melaksanakan umrah dan beribadah di Mekah dan Madinah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan sijil kepada kumpulan sulung peserta yang menyertai program tersebut dengan melibatkan 20 mutawwif dan 22 mutawwiffah yang diadakan di sebuah hotel di Ampang dekat sini.

KMI terbahagi kepada dua kategori iaitu bahagian pertama adalah penyertaan KMI selama tiga hari dengan bayaran penyertaan sebanyak RM899 seorang manakala kem umrah selama 12 hari dengan kos penyertaan sekitar hampir RM7,000 seorang.

Tambah Abdullah, selepas KMI, para peserta boleh menawarkan khidmat mereka menjadi mutawwif dan mutawwiffah kerana permintaan terhadap golongan wanita Malaysia untuk menguruskan jemaah umrah adalah sangat tinggi di Mekah dan Madinah.

“Mereka boleh berkhidmat di Malaysia atau bekerja di sana (Mekah dan Madinah) selama tiga bulan bagi mendapatkan pengalaman yang lebih meluas menguruskan jemaah umrah wanita,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI