fbpx

Bot lumba terbabas, rempuh rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot itu terbabas dan merempuh rumah di tepi tebing. - Khaosod

BANGKOK – Satu acara perlumbaan bot di Thailand bertukar tragedi apabila salah sebuah bot terbabas lalu merempuh rumah penduduk, lapor laman berita Thaiger semalam.

Video insiden di daerah Bang Bo, wilayah Samut Prakan itu dirakam oleh seorang penduduk tempatan.

Ketika kejadian, sebuah bot hilang kawalan lalu melanggar ombak sebelum merempuh sebuah rumah di tepi tebing.

Pemandu bot itu tercampak ke dalam air tetapi dia disahkan selamat. Namun, bot dinaikinya telah merempuh bumbung rumah tersebut dengan kuat.

Menurut seorang lelaki yang merupakan pemilik rumah berkenaan,  acara itu diadakan semasa perayaan Kathin di Wat Hom Sin pada 19 November lalu.

Memandangkan rumahnya terletak di tepi terusan, dia dan dua cucunya keluar menonton perlumbaan itu.

Semasa perlumbaan diadakan, dia menyedari bahawa salah satu bot hilang kawalan dan menuju ke arah mereka dengan laju.

Lelaki tersebut kemudian dengan pantas menarik dua cucunya dan mereka bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI