fbpx

[VIDEO] ‘Serius lah Tuanku yang bagi arahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin berkenan memberi arahan kepada para graduan untuk membuat sorakan 'wave' di Dewan Ilmu, Arau, Perlis kelmarin.

PETALING JAYA – Gelagat comel Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan memberi arahan kepada para graduan untuk membuat sorakan ‘wave’ sebagai tanda meraikan majlis konvokesyen mereka telah mendapat pujian ramai.

“Kita sebagai tradisi konvo (konvokesyen) UniMAP, kita buat ‘Mexican wave’ boleh tak? Okey, kita mula dengan barisan depan sampai ke belakang, lalu belakang sana sampai depan naik ke sini habis satu pusingan rantai.

“Macam biasa tiap-tiap tahun sama sahaja, boleh ya? Barisan depan boleh bangun sorak ‘aaa’ turun balik sampai belakang.

“Pernah tengok tahun lepas punya kan? Sedia. Ini raptai pusingan pertama daripada depan sampai belakang. Satu, dua, tiga mula,” titah baginda pada Sidang Ketiga Istiadat Konvokesyen Ke-18 Unimap di Dewan Ilmu, Arau, Perlis kelmarin.

Lebih mencuit hati, apabila sewaktu sesi raptai dilakukan, terdapat beberapa individu seperti tidak faham pada arahan sehingga sorakan ombak gagal dilaksanakan dengan kemas dan dengan pantasnya Tuanku Syed Faizuddin
meminta untuk tetamu di dalam dewan berhenti.

“Berhenti, berhenti, itulah pak cik tak datang raptai. Rasanya pak cik, mak cik ini ramai muda dari saya. Kita mula semula sesi raptai ini. Satu, dua, tiga mula,” titah baginda lagi.

Suasana di dalam dewan kedengaran riuh dengan suara dan sorakan tetamu serta barisan graduan UniMAP.

Terdahulu, seramai 484 graduan menerima ijazah melibatkan siswazah Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE) yang disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda Tuanku turut berkenan menyaksikan sesi penyerahan surat tawaran kepada pelajar dari Palestin Mohanad B.A Qubtan selepas selesai istiadat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@acap27442 #unimap #konvokesyen #konvokesyenunimap ♬ original sound – acap27442

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI