fbpx

Tapak kaki pak belang dijumpai 10 km dari bandar Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak kaki harimau belang sebesar tapak tangan manusia yang ditemui berhampiran lopak air di kawasan jalan ladang kelapa sawit Chin Teck, Gua Musang semalam. -Foto AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Penduduk yang tinggal di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di sini hidup dalam kebimbangan selepas menemui kesan tapak kaki harimau sebesar tapak tangan di kawasan ladang kelapa sawit Chin Teck di sini semalam.

Penemuan tapak kaki haiwan liar di lokasi yang terletak lebih 10 kilometer (km) dari bandar Gua Musang itu dijumpai selepas empat hari kesan sama ditemui di Kampung Seberang Lembaga di sini pada Selasa minggu lalu.

Berdasarkan pengiraan, jarak penemuan tapak kaki harimau di kedua-dua lokasi itu dianggarkan sejauh lebih 20 km.

Seorang penternak lembu, Mohd. Nordin Hashim, 39, berkata, dia menjumpai beberapa kesan tapak kaki harimau di kawasan lopak air di ladang kelapa sawit Chin Teck kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Katanya, situasi itu sekali gus menimbulkan kebimbangan lebih 1,000 penduduk dan pekerja ladang di kawasan terbabit.

“Ada penduduk yang melihat kelibat harimau itu berhampiran kawasan ini kira-kira tiga hari lalu.

“Lokasi penemuan tapak harimau terbabit hanya sejauh 200 meter dari kawasan perumahan penduduk. Selain bimbang dengan keselamatan diri, kami juga takut ternakan seperti lembu dan kambing akan menjadi mangsa haiwan liar itu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Seorang suri rumah, Zamrah Che Omar, 54, berkata, penemuan kesan tapak kaki harimau itu mengejutkan penduduk di kawasan PPMS Kesedar Sejahtera.

Katanya, mereka kini lebih berjaga-jaga dan mengawal pergerakan ahli keluarga sekiranya keluar rumah pada waktu malam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI