fbpx

Masih berbisa, Mila diminta buat ‘comeback’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Mila Jirin sebagai penyanyi masih dinantikan peminat.

LAMA tidak mendengar nyanyian bekas juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) iaitu Mila Jirin. Baru-baru ini, menerusi hantaran dalam Instagram miliknya, penyanyi bertubuh genit itu ada berkongsi sebuah video.

Dalam video tersebut, Mila telah menyanyikan lagu berjudul Azimat Cinta, nyanyian asal penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Kata Mila, lagu tersebut telah ‘bermain’ dalam kepalanya, namun tidak tahu tentang judul lagi itu. Sebaik sahaja penyanyi itu membuka suaranya, tidak sangka walaupun sudah lama tidak menyanyi, suaranya masih lagi padu!

Ramai peminatnya dalam ruangan komen teruja dan merindui kelunakan suara Mila yang tidak berubah, sama seperti dahulu.

Malah, ada juga yang meminta Mila untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian, selepas berkahwin dan memulakan perniagaan katering.

“Suara Mila masih berbisa,” ujar seorang peminatnya.

“Sedapnya suara. Sama seperti dahulu,” kata seorang netizen.

“Rindu suara Mila. Sedap, tak perlu autotune,” kata seorang pengguna Instagram.

DIVA: Shuib masuk hospital sebab sakit pun orang masih sindir pasal isu KWSP. Kasihan Shuib tapi itulah harga seorang selebriti. Lagi berharta lagi besar dugaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI