fbpx

Konflik Palestin-Israel: Peserta festival muzik Israel dibunuh oleh Zionis sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penemuan baharu itu menguatkan hujah bahawa peserta festival tersebut yang maut sebenarnya dibunuh oleh tentera Zionis sendiri. – Palestine Chronicle

TEL AVIV – Satu siasatan yang dijalankan pihak berkuasa Israel berhubung serangan Hamas pada 7 Oktober lalu mendapati bahawa kumpulan pejuang tersebut berkemungkinan besar tidak mengetahui mengenai penganjuran festival muzik yang diadakan di Kibbutz, lapor laman berita Middle East Eye.

Akhbar Israel, Haaretz melaporkan, sasaran serangan Hamas pada awalnya adalah Kibbutz, namun ia mengubah rancangan sebaik mendapati Festival Nova Music sedang diadakan.

“Menurut sumber polis, beberapa helikopter askar (Israel) yang tiba di lokasi kejadian melancarkan serangan ke atas anggota Hamas yang turut mengenai peserta festival. Seramai 364 orang dibunuh pada acara itu,” lapor Haaretz.

Penemuan baharu itu menguatkan hujah bahawa peserta festival tersebut yang maut sebenarnya dibunuh oleh tentera Zionis sendiri, lapor akhbar Palestine Chronicel.

Pada 16 Oktober lalu, seorang wanita Israel yang terselamat dalam serangan ke atas penempatan berhampiran sempadan Gaza pada 7 Oktober lalu mendedahkan bahawa orang awam Israel dibunuh oleh askar Zionis sendiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI