fbpx

Lelaki tanam pokok pisang di tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menyiram pokok tersebut setiap hari. - Oddity Central

TOKYO – Seorang lelaki Jepun menanam tiga pokok pisang di tengah jalan utama Bandar Kurume dan menyiramnya setiap hari selama dua tahun, lapor laman berita Oddity Central. 

Lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dari bandar Kurume itu diarah mengalihkan pokok pisang yang dijaganya selama beberapa tahun atau membayar denda 550,000 yen (RM17,185).

“Saya rasa sunyi tanpa pokok pisang cantik saya,” kata lelaki itu kepada wartawan selepas terpaksa mengalihkan tiga pokok pisangnya.

Pokok pisang Kurume itu mendapat perhatian seluruh negara selama berminggu-minggu dan pada hari penyingkirannya, kru berita dari saluran berita utama berada di lokasi kejadian.

Mereka menemu bual lelaki itu dan melihatnya cuba memakan sebiji pisang mentah daripada pokok tersebut.

Dua pokok pisang itu kemudian diberi kepada pemilik baharu. Ia ditanam di taman milik seorang lelaki berusia 80 tahun, manakala pokok ketiga diberikan kepada seorang rakan Kurume sebagai hadiah hari lahir.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI