fbpx

Tular lelaki buang air kecil di parkir pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tular di aplikasi X, milik @localrkyt.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki membuang air kecil di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya, mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi video berdurasi 43 saat yang tular di aplikasi X, seorang wanita mendekati dan menyergah tindakan lelaki tersebut kerana membuang air kecil di dinding tempat letak kereta tanpa rasa bersalah.

Rata-rata orang ramai yang meninggalkan komen di media sosial, menyifatkan tindakan tersebut biadab kerana memberi kesan kepada kebersihan bangunan.

“Kereta mahal tapi tak nak pergi tandas,” komen Fiera.

“Gelinya, buang air kecil tapi tak basuh. Lepas itu, duduk dalam kereta,” tulis @heiapani.

Segelintir netizen turut menyedari bau kurang enak di tempat letak kereta berpunca daripada individu tidak beradab yang membuang air kecil di kawasan tersebut.

Pada penghujung video, lelaki tersebut melambai kepada wanita itu dan terus meninggalkan kawasan parkir bawah tanah.

Hantaran tular itu telah mendapat sebanyak 130,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI