fbpx

Pos Malaysia cadang buka sembilan lagi Pos Shop

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sumesh Rahavendra (tengah) pada majlis pembukaan cawangan kedua Pos Shop di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bercadang untuk membuka sembilan lagi kedai serbanekanya iaitu Pos Shop di beberapa lokasi strategik termasuk di  Pahang, Selangor, Johor dan Melaka menjelang akhir tahun ini.

Ia bertujuan untuk menawarkan pengalaman dalam kedai dan kemudahan runcit yang menarik sambil berkhidmat kepada komuniti di seluruh negara.

Ketua Pegawai Transformasi dan Digital Kumpulan Pos Malaysia, Sumesh Rahavendra berkata, sebagai permulaan, pihaknya telah melancarkan kedai serbaneka Pos Shop keduanya yang terletak di lokasi strategik di Brickfields, Kuala Lumpur semalam.

Pos Shop baharu ini bersepadu dengan Pos Laju Brickfields sedia ada yang  merangkumi lebih 1,100 kaki persegi ruang runcit.

Menurut Sumesh, satu tambahan istimewa untuk cawangan Pos Shop Brickfields ini adalah pengenalan Pos Kafe, yang menawarkan pelanggan pelbagai makanan dan minuman sedia dimakan (RTE) di ruang makan selesa yang disediakan atau dibawa pulang. 

“Pelancaran ini menandakan pembukaan Pos Shop kedua pada tahun ini, dengan Pos Shop pertama dilancarkan di Medan Tuanku, Kuala Lumpur pada bulan Mei 2023.

“Kami sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima daripada pembukaan Pos Shop pertama kami di Medan Tuanku. 

“Kami yakin cawangan kedua ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. 

“Dengan pengenalan Pos Kafe dalam Pos Shop, para pelanggan kini boleh menikmati makanan dan minuman yang disediakan segar setiap hari,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis perasmian premis baharu itu di sini.

Sumesh menerangkan, dalam perjalanan transformasi Pos Malaysia yang berterusan, pihaknya komited untuk menyampaikan konsep peruncitan inovatif yang memberikan nilai tambah untuk para pelanggan kami. 

“Kami sedang meningkatkan ruang runcit kami yang luas untuk menawarkan lebih banyak perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat,”  ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pos Shop menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, snek, dan produk penjagaan diri pada harga yang kompetitif. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI