fbpx

Mohammad Agus tidak ke pejabat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Agus.

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dilaporkan tidak hadir ke pejabatnya pada hari ini.

Menurut sumber, Mohammad Agus telah meletak jawatan selepas ia disahkan sendiri oleh beliau semalam.

Terdahulu, Mohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan dan telah diserahkan kepada Perdana Menteri kelmarin.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

Bagaimanpun, usaha Kosmo! untuk menghubungi beliau gagal selepas panggilan tidak dijawab dan mesej melalui WhatsApp juga tidak dibalas.

Mohammad Agus dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Februari lalu, namun beliau serta jabatan terbabit banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya menguar-uarkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.

Beberapa pihak terutama wakil rakyat pembangkang turut menggesa J-KOM dibubarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI