fbpx

Mohammad Agus buat sidang akhbar malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Agus

PETALING JAYA – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 8 malam ini.

Menerusi jemputan yang dihantar oleh wakil beliau, Tetuan Faizal Rahman & Co kepada pihak media, sidang akhbar tersebut akan diadakan di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi.

“Pihak kami mewakili Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke satu sesi sidang media yang akan diadakan pada hari ini seperti ketetapan berikut,” katanya.

Bagaimanapun, tujuan sidang akhbar itu diadakan tidak dimaklumkan menerusi isi jemputan tersebut.

Terdahulu, Mohammad Agus mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu.

Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memberitahu, jawatan Ketua Pengarah J-KOM akan diisi secepat mungkin.

Dalam perkembangan lain, sejak semalam juga, tular sebuah video seorang lelaki dikatakan mirip wajah Mohammad Agus yang dikaitkan dengan seorang individu dikenali sebagai Wahab.

Rakaman panggilan video itu mula tersebar sehingga mendapat pelbagai kritikan daripada netizen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI