fbpx

Peniaga maut di LPT 2 akibat rempuh kereta elak kera melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Perodua Myvi dinaiki Tengku Shaharulhisham yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 314.5, LPT 2 berhampiran Plaza Tol Kerteh, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang peniaga maut manakala isterinya cedera ringan selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka merempuh sebuah kenderaan lain yang dikatakan terbabas akibat mengelak sekumpulan kera melintas di Kilometer 314.5 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kerteh di sini semalam.

Dalam kemalangan pada pukul 6.10 petang itu, mangsa, Tengku Shaharulhisham Tengku Yahya, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian kepala.

Isterinya, Nor Azlina Hamzah, 44, pula mengalami luka pada bahagian tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan ke bandar Dungun atas urusan perniagaan dari rumah mereka di Taman Alam Perdana, Binjai.

Beliau berkata, sewaktu tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Volkswagen Golf GTI 2.0 dipandu kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikatakan tiba-tiba mengubah laluan dari kiri ke kanan lebuh raya.

“Tindakan wanita berusia 41 tahun tersebut dikatakan bagi mengelak sekumpulan kera yang tiba-tiba memasuki lebuh raya.

“Kereta Perodua Myvi dinaiki dua mangsa itu di laluan kanan gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta Volkswagen Golf GTI 2.0 terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak rempuhan tersebut menyebabkan kereta dinaiki Tengku Shaharulhisham dan isternya hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh penghadang besi lebuh raya di kiri lebuh raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI