fbpx

‘Ketik kad 9 pagi lepas tu lesap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengesan terhadap kesalahan integriti dilakukan kakitangannya yang mengamalkan suka mencuri tulang termasuk lesap daripada kerja selepas merakam waktu kerja pukul 9 pagi.

Menurut pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Ir.Cheremi Tarman, perlakuan tersebut boleh dianggap sebagai hilang masa bertugas (MIA) walaupun mereka merakam masa kehadiran secara rasmi.

“Sebagai kakitangan mereka perlu bertugas sepenuh masa secara rasmi bermula pukul 9 pagi hingga waktu keluar pejabat pukul 5 petang.

“Sememangnya ada kakitangan yang keluar berurusan di cawangan Sungai Buloh tetapi selepas urusan selesai mereka tidak kembali ke Shah Alam (Wisma MBSA).

“Isu yang timbul, ada kakitangan yang merakam masuk kehadiran pada pukul 9 pagi terus hilang daripada pejabat dan muncul kembali untuk merakam waktu keluar pada pukul 5 petang seperti kakitangan yang lain,”katanya kepada pemberita pada Sambutan Hari Integriti 2023 di Pusat Konvensyen MBSA di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik jumlah kakitangan yang mengamalkan corak kerja sedemikian.

Sehubungan itu, Cheremi menjelaskan pihaknya kini menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) yang terdapat di seluruh penjuru Wisma MBSA bagi memantau pergerakan keluar masuk kakitangannya dari masa ke semasa.

Tambah beliau, punca kakitangan sering ponteng dan curi tulang disebabkan mereka berasa terlalu selesa dengan suasana dan prosedur kerja.

“Ini seterusnya menyebabkan berlaku pengabaian tugas kerana mereka merasakan tiada siapa memantau. Harus diingat bukan semua kakitangan bersikap demikian kerana masih ada pekerja yang jujur dalam kalangan warga MBSA,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI