fbpx

HONOR X9b 5G, telefon paling tahan lasak dan popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONOR X9b 5G didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik.

HONOR X9b 5G, yang dilancarkan secara rasmi awal bulan ini mencatatkan sejarah tersendiri setelah muncul sebagai telefon pintar paling popular, dengan merekodkan jualan pra-tempah bernilai RM10 juta.

Ditawarkan pada harga RM1,499 berserta hadiah bernilai sehingga RM759 termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari dan fon putik telinga HONOR CHOICE Earbuds X5, tidak hairanlah para peminatnya mengerumuni depan HONOR Store Sunway Pyramid pada hari pelancaran.

Puluhan peminat membanjiri Honor Store di Sunway Pyramid pada hari pelancaran HONOR X9b 5G.

Ketahanan dan keanggunan

HONOR X9b 5G bersifat tahan lasak pada setiap sudut 360 darjah dan merupakan telefon pintar pertama di dunia untuk menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland.

Rintangan jatuh telefon pintar ini ditambah baik daripada satu meter kepada 1.5 meter dan melindungi setiap sudut paparan lengkung OLED Ultra Tahan Lasak.

Berbanding generasi terdahulu, ketahanan paparan HONOR X9b 5G ditingkatkan tiga kali ganda, menjadikannya telefon HONOR paling lasak setakat ini.

Diilhamkan dari seni ukiran halus jam tangan dan barang perhiasan mewah, HONOR X9b 5G turut memiliki ciri-ciri Rekaan Dwi Bulatan Klasik yang ikonik.

Warna jingga menawan Sunrise Orange misalnya, dihasilkan daripada kulit vegan yang memberikan sentuhan elegan. Ia juga bebas kesan cap jari bagi pengguna yang tidak gemar menggunakan sarung telefon pintar.

Model ini menerima pensijilan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut daripada SGS Switzerland.

Prestasi lebih baik

Dari sudut kemampuan prestasi, HONOR X9b 5G hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya untuk multitask yang lancar tanpa sebarang gangguan.

Memuatkan storan dalaman 265GB berkelajuan UFS 3.1 yang lazimnya ada pada telefon pintar premium, pengguna boleh menyimpan semua gambar atau fail penting dengan mudah. Prestasi bacaan dan menulis juga dua kali ganda pantas berbanding pesaing dalam segmen kelas pertengahan.

Selain itu, ia juga menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1 yang baharu diperkenalkan di Malaysia, bersama CPU Qualcomm Kryo dan GPU Adreno.

Cipset tersebut meningkatkan kepantasan HONOR X9b sebanyak 40 peratus untuk prestasi GPU yang lebih laju dan 35 peratus peningkatan kecekapan dalam CPU, memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif.

Kamera yang dinaiktaraf

Berhubung kualiti kamera, penggunaan Kamera Ultra Jelas 108 megapiksel membolehkan HONOR X9b 5G memberikan hasil rakaman yang menakjubkan.

Hasil rakaman gambar menggunakan HONOR X9b 5G. Foto oleh Mohammad Nur.

Dengan penderia seluas 1/1.67 inci dan apertur f/1.75, kamera ini mampu menangkap lebih banyak cahaya untuk menghasilkan imej yang lebih terang dan jelas.

Menampilkan teknologi Millisecond Capture, bakat fotografi pengguna pastinya lebih terserlah dengan tangkapan yang lancar dan tepat.

Bateri tahan lama

Meskipun berat HONOR X9b 5G hanya 185g dan senipis 7.98mm, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri besar 5800mAh, terbesar dalam segmennya.

Kuasa tersebut cukup untuk menghidupkan peranti ini sehingga tiga hari dengan penggunaan biasa. Pengguna boleh menikmti sehingga 19 jam video tanpa henti, 12 jam permainan mudah alih, atau melayari media sosial selama 22 jam dengan hanya sekali pengecasan.

Paparan resolusi 1.5K

HONOR X9b 5G mengetengahkan Paparan Resolusi Retina 1.5K 6.78 inci yang menawan dengan 1.07 bilion warna, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan setinggi 1200nits.

HONOR X9b 5G memberikan prestasi paparan antara yang terbaik dalam kelasnya.

Spesifikasi ini menjadikan HONOR X9b 5G antara telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan terbaik.

Selain itu, ia juga memberikan penglihatan paparan lebih selesa dengan ciri-ciri perlindungan mata seperti Pemalapan PWM 1920Hz, Paparan Malam Sirkadia, Pemalapan Dinamik dan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland.

HONOR X9b 5G kini boleh didapati di kedai HONOR, laman web rasmi HIHONOR.COM, Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Official Store, HONOR Malaysia TikTok Shop, kedai pengedar sah, Harvey Norman, Senheng, SenQ, Urban Republic, Maxis dan Yes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI