fbpx

Anak, rakan nasyid iringi pengebumian Suhaimi Saad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EHMAD HADIE (duduk depan empat dari kanan) dan Sallman (duduk depan dua dari kanan) mendengar talkin yang dibacakan Hasnol ketika pengkebumian bapa mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Jenazah bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara di sini pukul 9 pagi tadi.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sahabat seperjuangan nasyid, saudara mara dan orang kampung hadir mengiringi jenazah dari rumah ke tanah perkuburan.

Turut berada menyempurnakan pengebumian arwah ialah ank sulung dan anak keduanya, Ehmad Hadie Elfardie, 15 dan Salman Elkhoyri, 13.

Bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin Vokalis Kumpulan Nasyid Diwani, Hasnol Jamal.

Sebelum itu, jenazah suami kepada Nordiana Mohd Naim itu disolatkan sekali lagi di rumah keluarga ina di Felcra Sungai Ara di sini.

Semalam, Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Suhaimi yang dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatannya merosot selepas batuk teruk sejak bulan Ogos lalu serta mengalami cirit birit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI